Rumah penghulu terawal Penghulu

Difahamkan rumah penghulu terawal terletak di mukim Bandar, 36800 Kampung Gajah, negeri Perak. Walaupun dinamakan 'Bandar' tetapi sebenarnya ia kini adalah sebuah kampung sahaja. 'Bandar' juga terdapat di Jugra, Selangor. Bandar, Jugra adalah pusat pentadbiran negeri Selangor era Sultan Abdul Samad.

Penduduk mukim Bandar mengatakan Bandar akan dijadikan pusat pentadbiran kerana terletak di kuala Sungai Kinta. Bandar juga bersetentang dengan Pulau Indera Sakti, Pangkalan Halban dan Jong Buruk. Bijih timah banyak dilombong di Ipoh, Kampar, Tanjung Tualang, Batu Gajah, Kampung Gajah dan lain-lain. Bijih timah diangkut dengan sampan dari hulu hingga ke kuala Sungai Kinta, terus ke Teluk Intan dan Selat Melaka. Bijih timah akan dikumpulkan di Pulau Pangkor (zaman Belanda) dan Pulau Pinang (zaman British).

Rumah penghulu ini terletak di tebing sungai Perak dan jalan perhubungan ialah bot untuk ke Teluk Intan dan jalan tanah ke Kampung Gajah. Kerajaan British pda 1880-an telah membina rumah penghulu di sini. Ia dilengkapi dengan telefon. Pondok telefon dibina di beberapa kampung. Tiang telefon dipacak hingga ke pekan Parit, negeri Perak kerana pejabat daerah Perak Tengah terletak di sana. Rumah penghulu ini tidak digunakan lagi sejak 1980-an da tiang-tiang telefon telah dicabut kerana tidak digunakan.